Pages

Tuesday, April 6, 2010

cita-cita dan anganan

sempat menyiapkan skrip filemku "FAKHRY ZAIN" antara berlari dengan program majalah GAYA PESONA RAYA memang memenatkan. seminggu dua ini memang sibuk giler kira rezekilah juga. bermula dengan pertemuan bersejarah dengan Puan Ziela Jalil yang meminta aku menuliskan skrip "TEH SUSU KURANG MANIS" untuk Astro. aku dihambat pula GBSB, Jalena Rejab meminta aku menulis semula skrip AGEN 2X5. terkejar rasanya kemudian aku harus ke ASTRO untuk sinopsis 13 episod ku. Tiba-tiba pula skrip yang sudah kusiapkan tiga bulan lalu "GADIS TUKANG URUT" harus juga ku siapkan. alhamdulilah ini semua rezeki biarpun pada waktu yang sama ada beberapa hal yang menekan diri aku ni. JNI harus aku tinggalkan terasa sangat aku dihina dan dianiaya. Begitu juga dengan Saphira Screen malas aku melayan karenah producernya yang berlagak pandai. Biarlah mungkin tiada rezeki tetapi dengan JNI aku harus menuntut hak aku.
aku sudah bercita-cita membuka produksi aku sendiri tanpa meminta ehsan sesiapa lagi. aku harus bangun dari tidur lena ku yang terlampau panjang. Biarlah aku ditipu, dianiaya, dibohongi namun aku harus jadikan itu sempadan kehidupan seterusnya. aku harus menjadi kuat lebih tabah, banyak hikmah yang tersembunyi... aku amat pasti. aku tidak berangan lagi... aku harus bangkit dari diulit mimpi indah. itu teqad dan nekad, aku harus tinggalkan mereka yang masih merangkak dalam kegelapan mereka. aku harus jauhkan diri dari mereka yang bertopeng dengan aku.... sesungguhnya pada waktu yang sama aku harus juga menyerahkan kepada takdirnya. usaha harus datang dari aku... aku harus berjaya, lebih berjaya.Insyallah dengan izinMU

Saturday, April 3, 2010

anak sedara nikah

diam tak diam Gijey pulak menikah hari ini. lama tak dengar cerita anak sedara aku yang sorang ni. memang dia pendiam sikit, a bit serious susah juga nak mengenal dia. tetapi dia ok, cuma mungkin tak serapat aku dengan anak sedara yang lain macam Emy, Win, Lin, Adik, Sharul, or Lobo. but dia tetap anak sedara aku. anak yang aku, sian yang ... suami dah tak ada. tapi aku cukup tahu ketabahan wanita ini. dia cukup gagah mengharungi kehidupan membesarkan anak-anaknya. alhamdulilah, biarpun anak-anaknya tidaklah ke menara gading tetapi cukuplah sekadar tidak menyusahkan orang. Merenung balik memang anak perempuan mak cukup kuat dan tabah mengharungi kehidupan rumahtangga mereka. tidak jelek aku katakan mereka mewarisi kekuatan arwah emak. Mengenali suami mereka ipar aku, kalau calang-calang isteri payah juga. Macam Cho, biarpun tidak begitu sempurna dia cukup gagah mengharungi hidup ini. dia tidak mahu menyusahkan orang lain termasuk anak-anaknya. Abang Cho juga suami yang baik dikurniakan Allah untuk menjaga cho. hmm... mengimbas hari ini memang sayu pulak rasanya. Well live goes on....
hari ini anak sedara semua sudah cukup dewasa, semua sudah bersedia menjadi ayah dan emak orang. alhamdulilah, mungkin aku sudah jauh dari mereka tetapi di benak ini tetap mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidup mereka. acik na (panggilan manja di kalangan anak sedara) rindu dengan kalian. kesibukan dan berada di dunia tersendiri mencari makan di kota beronak ini melenyapkan kadangkala hubungan silaturahim. mereka akan faham sebab mereka anak sedara kesayanganku, tidak hari ini mungkin esok. dunia yang kucipta amat berbeza dengan mereka... ada sesuatu yang ku kejar, dan ingin kubuktikan... jika gagal aku tidak akan berundur. untuk anak sedara semua, kalian adalah denyut nadi kehidupan. Untuk kakak-kakak ku kalian mentor perjuanganku, untuk abang-abangku anda menjadikan aku lebih kuat mengejar impian untuk adik-adikku, kalian menyuluh lorong gelap ku. agar semua sejahtera, hidup dan semangat perbodin

Monday, March 29, 2010

ARWAH EMAK DAN BAPAK

Tiba-tiba aku menjadi tidak keruan. Nak kata sedih tidak, nak kata tak sedih tidak juga. aku terharu. semua kerana gambar lama arwah emak dan bapak aku di facebook diupload oleh anak buah aku yang sememangnya nakal. tiba-tiba semua semua mereka yang mengenal ibu terutamanya terus mengatakan rindu dan sedih. memang sendu sikit melihat gambar lama itu. terbayang wajah ibu yang sentiasa redup menantikan kepulangan anak-anak dan kehadiran cucu-cucunya. dia memang seorang yang cukup penyayang.,.. kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak berbelah bagi. semua sama rata, pandai dia membahagikannya supaya anak-anak sepuluh orang itu tidak berkecil hati. begitu juga dengan cucu-cucunya tidak ada yang favourite... semua sama, dia tidak mahu ada yang merasa kecewa. layanannya terhadap menantu tetap sama, selalunya dia akan menyalahkan anak-anaknya dulu jika ada krisis rumahtangga mereka. memang dia seorang ibu yang cukup bijak, biarpun dia tidak bisa membaca mahupun menulis. jarang dia memarahi anak, tidak pernah dia memarahi cucu. dia lebih suka keputusan datang dari mulut orang lain dan dia tidak pernah memberikan keputusan. dia tidak pernah menyatakan tidak untuk menghampakan anak-anak. biarpun dalam susahnya dia akan cuba membantu anak-anaknya. what a wonderful mum she was!
aku ingat lagi, aku selalu juga bagi duit pada arwah, sanggup dia berhabis duit untuk membantu anak yang lain yang dalam kesusahan. dulu aku marah juga tetapi sekarang aku faham dia tidak mahu menghampakan mereka. hati seorang ibunya cukup kuat, well aku selalu melihat bahawa anak-anaknya dan cucunya banyak mewarisi sifat baiknya. mudah menangis, mudah tersentuh, tidak suka mengata orang, tidak suka mengaibkan orang, sentiasa bersederhana. sesekali berjenaka cukup untuk membuat orang tersenyum... well emak tetap emak! nobody pada pandangan aku sebaik emak aku... emak orang lain aku tak tahu. bapak... hmm just ordinary father, mungkin tidak banyak kenangan bersama dengannya... tetapi dia tetap ayah... bapak yang membantu emak membesarkan kami, satu team yang cukup besar 10 orang... keranah nya pelbagai. emak memang strong... strength yang datang daripada anak-anaknya. such a wonderful lady, understanding. untuk emak dan bapa, alfatihah semoga dihimpun bersama mereka yang beriman.

RAWAN SEORANG PEREMPUAN

naskhah skrip terlatest dari hasil perahan otak ku, Rawan Seorang Perempuan (RSP) bahan siapnya telah disiarkan pada 20 Mac 2010. Hasil pengarahan Haris Fadhillah, well bagi aku not bad. cuma agak terkilan kerana beberapa adegan penting yang telah ditolak pada awal-awal lagi. anyway tak payah nak cakap banyak, benda dah jadi. apabila Jalena Rejab mengatakan ratingnya mencapai 2.5 juta, aku cukup bangga ketika bahang AF8 sudah bermula. Nasibnya mungkin aku agak baik. Memang Naskhah RSP mempunyai sentimental value yang tinggi .. aku mendapat ceritanya daripada seorang yang begitu ingin cerita dan kisahnya dipaparkan untuk dijadikan panduan hidup untuk semua orang. Minggu lepas aku bergegas ke hospital kerana yang empunya cerita rupanya telah dimasukkan ke hospital kerana kanser hati. ceritanya memang ada dalam naskhah RSP.
memang menyentuh hati melihat dan ketika menziarah Makcik Rawan (nama yang kuberi khas untuk makcik yang istimewa ini). dia kelihatan lemah dan menurutnya dia tidak mampu untuk duduk kerana kepenatan. dia dimasukkan air dan hanya terbaring lesu. tetapi melihat pada tusukan matanya, aku dapat membayangkan makcik Rawan memang seorang yang kuat. kekuatan itu datangnya daripada pengalaman hidup yang cukup untuk mendewasakan beliau. biarpun bersendirian menjalani sisa-sisa kehidupan tetapi dia cukup pasrah melewati waktu. dalam kesakitannya dia masih mampu menyatakan isi hatinya yang inginkan ceritanya diteruskan lagi. aku hanya mengangguk... memang banyak cerita pengalaman yang disimpannya. membayangkan seorang ibu kandung terlalu bencikan anaknya sendiri hanya kerana tidak cantik memang membingungkan dan sukar dipercayai. tapi makcik Rawan tau itu adalah cerita dia... dia melaluinya dan aku haru akur mengatakan yang dia satu antara sejuta manusia yang tertindas.
Bagaimanapun Naskhah RSP memang cukup istimewa pada aku. ceritanya biasa tetapi aku jarang menulis tentang kisah benar manusia. selalunya aku banyak berkhayal untuk mendapatkan cerita, tetapi RSP aku tidak perlu merayau sangat. Ilhamnya cukup cantik dan indah... kesudahannya satu produk yang aku bangga mengakuinya sebagai sebahagian daripada penyumbang untuk menyiapkan naskhah ini. semoga RSP terus diiktiraf, mana tau untuk anugerah Skrin tahun ni... aku mula berangan!!!!
Anyway, for me RSP

Tuesday, March 2, 2010

Sari Maya 2

semalam Sari Maya 2 yang disiarkan di tv9 telah masuk ke episod 9. Pelek aku ceritanya langsung tak digembar gembur dan paling kurang respons berbanding dengan Sari Maya 1. Sari Maya 1 punyalah ada beberapa orang pengikutnya sehingga membawa cerita itu dicalonkan untuk drama rantaian anugerah Skrin. apa kurangnya Sari maya2, aku merasakan ceritanya lebih kuat daripada Sari Maya 1. semasa menulis skripnya aku sudah dapat membayangkan bagaimana kejahatan Sari menjadi kebencian total audien. Watak Mak Biah akan dijadikan simpang malaikat 44 janganlah ada antara kita yang jadi macam dia. dengan cerita dua manusia misi memusnahkan dua keluarga aku rasakan sudah pasti menempa kejayaan tetapi masih gagal.
aku akui cerita yang berantaian memang akan menghadapi risiko sama ada menjadi lebih baik atau ditinggalkan terus. dan aku dapat rasakan yang kedua... pengarahannya aku rasakan tidak ada cacat celanya malahan ada beberapa shot aku rasa amat menarik dan menepati citarasa. runut bunyinya mungkin kurang menyengat berbanding lagu To' Ki musim 1 tapi takkanlah orang nak fikir sampai ke situ. watak memang gagal sama sekali. watak Maya yang dibawa oleh Linda Jasmay dalam Sari Maya 1 memang menjadi. dia menghayati watak itu sebaik mungkin. wajahnya penuh simpati kerana penanton harus bersimpati dengan maya dan membenci Sari. tetapi kali ini raut wajah pelaku Maya sendiri gagal, lontaran dialog tidak tepat... simpati penonton jadi kurang sesangat apabila lontaran dialognya gagal. Mungkin tidak boleh membandingkan kedua-dua pelakon tetapi aku amat kecewa.
watak ibu yang dipegang oleh Noniswara juga gagal, Noralbaniah gagal menjadi bahan simpati, dan cerita masih bergantung kepada dua watak Sari dan Mak Biah. memang betul menjadi mereka menjadi kejam dan tidak bertimbang rasa. watak Mak Biah yang memusnahkan kehidupan sepupunya sendiri memang amat menjadi. wataknya menjadi kebenciannya. wataknya tidak over tetapi cukup menjadikan kebencian penonton. begitu juga dengna faking Sari menjadi menyebabkan penonton geram dan benci. tetapi dapatkah dua watak ini aje bermain sedangkan lawannya gagal melaksanakan watak dengan sempurna. bukan menyalahkan sesiapa tetapi hakikatnya aku kecewa.
frust.... frust dan sekali lagi aku jerit frustttttttt

Tuesday, February 16, 2010

apabila kepercayaan mula tercalar

Memang mengejutkan hari ini apabila seseorang bertanya aku tentang sesuatu yang personal. seorang yang aku anggap terlalu baik dengan aku... persoalannya mengapa harus mempertikaikan kejujuran aku. Hanya kerana satu insiden yang kelihatannya agak jahat meranap habis segala kebaikan yang ditaburkan. apakah kita sebagai manusia hanya nampak kejahatan yang sedikit lalu diagung-agungkan. sedangkan kebaikan yang ditaburkan selama ini menjadi debu berterbangan. anehnya manusia!!! cepat aje melatah kerana satu kesilapan, tidak pernah pula membangkitkan ratusan kebaikan yang lalu... yang pernah ditabur, unfairnya manusia, namun itulah juga manusia aku pun manusia biasa bukannya wali jauh sekali malaikat.
aku relatekan sikit dengan politik, patutlah kerana kesilapan yang Pak Lah sebagai pemimpin, mereka terus dihukum semasa PRU12. sedangkan bertahun-tahun perjuangan UMNO/BN meningkatkan taraf kehidupan kita sehinga hari ini dinikmati hilang bagaikan debu. Unfair...unfair!!!! Namun berbalik juga kepada hakikat kita adalah manusia biasa bukan wali jauh sekali malaikat
Hari ini juga aku harus menghukum orang yang terlalu mengagungkan manusia yang kesilapan yang aku buat. Aku tidak mahu dan tidak redha dihukum hanya kerana kesilapan aku. selama ini apakah aku tidak pernah membuat sebarang kebaikan. kenapa kebaikan aku tidak diperkatakan langsung. Aku juga manusia yang tidak sunyi melakukan kesilapan...dont ever see things under a microscope.... semua akan nampak besar, bold isn't it. bukan minta dikenang jasa, disanjung budi tetapi cukuplah sekadar melupakan kesilapan atau menjadikan pedoman hidup. Ini tidak, hanya kerana kesilapanku segala kepercayaan mula tercalar, segala keyakinan mula tercabar. memang unfair aku jeritkan sekali lagi unfair!!!!! puas hati aku....

hari ini bukan semalam dan bukan esok

hmm....bangun agak lewat hari ini, semalamnya aku bertungkus lumus nak siapkan proposal dokumentari. memang penat tapi nak buat macamana nak cari makan. sesukar mana pun aku harus pandai mencari peluang, sementara masih bernafas hidup harus diteruskan. Esok kita tak jamin apa lagi. kalau masih bernafas di bumi allah ni syukur alhamdulilah. membaca beberapa blog hari ini, terpanggil mengikut kisah student UITM yang accident hingga koma minggu lepas. Bakri begitu gagah struggle untuk meneruskan kehidupan. kesian dia, katanya dia dilanggar ADUN Sekincan. heran juga kenapa berita ini tak begitu gempar macam kematian kat pejabat SPRM dulu. kemudian baru terperasan itu hal semalam, esok tak tahu apa lagi. Namun untuk Bakri dengar cerita dah sedar, alhmadulilah.... tertanya juga apalah yang difikirkan semasa komanya. Mungkin permintaannya diberikan peluang untuk terus hidup kerana dialah harapan keluarga (anak sulung tujuh beradik). Simpatinya aku...
anyway hari ini aku nak relax tengok tv hmm.... tak banyak cerita menarik. terlupa pulak ingatkan hari ini hari ahad... rupanya hari Selasa, banyak kedai masih tutup. tahun baru Cina ni kadang-kadang diperhatikan kuala Lumpur ni macam dilantda geruda. sunyi dan sepi tapi best. nak makan apa hari ini... jangan fikir dulu, yang penting hari ini bermula satu lagi rutin kehidupan. sebab hari ini bukan semalam dan bukan esok. oh ye aku kena siapkan sinopsis Agen 2x5 untuk tv9. alamak tak boleh nak relax juga.....