Pages

Monday, March 29, 2010

RAWAN SEORANG PEREMPUAN

naskhah skrip terlatest dari hasil perahan otak ku, Rawan Seorang Perempuan (RSP) bahan siapnya telah disiarkan pada 20 Mac 2010. Hasil pengarahan Haris Fadhillah, well bagi aku not bad. cuma agak terkilan kerana beberapa adegan penting yang telah ditolak pada awal-awal lagi. anyway tak payah nak cakap banyak, benda dah jadi. apabila Jalena Rejab mengatakan ratingnya mencapai 2.5 juta, aku cukup bangga ketika bahang AF8 sudah bermula. Nasibnya mungkin aku agak baik. Memang Naskhah RSP mempunyai sentimental value yang tinggi .. aku mendapat ceritanya daripada seorang yang begitu ingin cerita dan kisahnya dipaparkan untuk dijadikan panduan hidup untuk semua orang. Minggu lepas aku bergegas ke hospital kerana yang empunya cerita rupanya telah dimasukkan ke hospital kerana kanser hati. ceritanya memang ada dalam naskhah RSP.
memang menyentuh hati melihat dan ketika menziarah Makcik Rawan (nama yang kuberi khas untuk makcik yang istimewa ini). dia kelihatan lemah dan menurutnya dia tidak mampu untuk duduk kerana kepenatan. dia dimasukkan air dan hanya terbaring lesu. tetapi melihat pada tusukan matanya, aku dapat membayangkan makcik Rawan memang seorang yang kuat. kekuatan itu datangnya daripada pengalaman hidup yang cukup untuk mendewasakan beliau. biarpun bersendirian menjalani sisa-sisa kehidupan tetapi dia cukup pasrah melewati waktu. dalam kesakitannya dia masih mampu menyatakan isi hatinya yang inginkan ceritanya diteruskan lagi. aku hanya mengangguk... memang banyak cerita pengalaman yang disimpannya. membayangkan seorang ibu kandung terlalu bencikan anaknya sendiri hanya kerana tidak cantik memang membingungkan dan sukar dipercayai. tapi makcik Rawan tau itu adalah cerita dia... dia melaluinya dan aku haru akur mengatakan yang dia satu antara sejuta manusia yang tertindas.
Bagaimanapun Naskhah RSP memang cukup istimewa pada aku. ceritanya biasa tetapi aku jarang menulis tentang kisah benar manusia. selalunya aku banyak berkhayal untuk mendapatkan cerita, tetapi RSP aku tidak perlu merayau sangat. Ilhamnya cukup cantik dan indah... kesudahannya satu produk yang aku bangga mengakuinya sebagai sebahagian daripada penyumbang untuk menyiapkan naskhah ini. semoga RSP terus diiktiraf, mana tau untuk anugerah Skrin tahun ni... aku mula berangan!!!!
Anyway, for me RSP

No comments:

Post a Comment