inilah posting pertamaku untuk blog ini... well sebagai permulaan aku ingin sekali meluahkan rasa gembira + terharu + bla bla bla (kira semua yang baik ajelah). Hmm... sebenarnya aku baru saja siapkan skrip terbaru aku RAWAN SEORANG PEREMPUAN berdasarkan kisah benar yang aku terima daripada Cik Jalena Rejab. Kisah dan rentetan penderitaan seorang wanita bernama Siti Nurlara (watak rekaanku) yang dibenci oleh ibunya, Sharifah Dora kerana dia tidak cantik seperti kakak dan abangnya. dia menumpang kasih dengan Normah tetapi kemudian diambil semula oleh Sharifah Dora untuk disekolahkan. malangnya, Sharifah Dora terus menyiksa Siti Nurlara sehingga menyimpannya di dalam stor. Bertahun-tahun kemudian setelah berumur 17 tahun, Sharifah Dora menikahkannya dengan Omar. Omar pula bertindak dengan memukul Siti Nurlara. Tidak tahan dengan sikap Omar, Siti Nurlara nekad melarikan diri ke Kuala Lumpur. Dia hampir dijadikan pelacur oleh Rubiah. tetapi diselamatkan oleh Khadijah seorang wanita yang baik hati dan mempunyai rumah anak yatimnya sendiri. di situlah Siti Nurlara menghabiskan waktunya. malangnya kemudian dia didapati menghidap kanser otak tetapi hatinya cukup tabah melawan penyakit itu. Tiga tahun kemudian kakak Siti Nurlara datang dan meminta dia balik kerana Sharifah Dora menderita sakit......Sharifah Dora meninggal dunia menyesali segala perbuatannya. siti Nurlara kini hanya menyerahkan hidupnya kepada takdir tetapi dia lebih tenang menghadapi hidup kini.... begitulah kisahnya.
Memang setelah sekian lama menulis skrip untuk drama Televisyen ada beberapa skrip yang dirasakan amat menyentuh perasaan dan RSP adalah satu daripadanya. Aku dapat merasakan dulu aku cukup sukar untuk mendapatkan cerita sebaik PENCARIAN AMELIA, ANTARA PEREMPUAN ITU, PEREMPUAN ITU AKU, TUMIRAH, MENJARING MATAHARI, ALEEYA MAISARA... Tetapi aku merasakan beberapa karya mutakhirku seperti TERLERAI TAKBIR KASIH, SEBELUM SEJADAH DIBENTANG dan beberapa karya yang lain bolehlah diterima sebagai karya drama televisyen. alhamdulilah... aku dikurniakan bakat yang kadangkala aku sendiri tidak tahu bila bermulanya. semoga aku akan dapat menghasilkan yang lebih baik setiap kali.

No comments:
Post a Comment